Mengenai Kami

Pertama sekali, selamat datang kami ucapkan ke blog "Gigibesi Manifestasi”.

Secara asasnya, kami di Gigibesi Manifestasi menyediakan perkhidmatan berkaitan Fotografi. Perkhidmatan fotografi kami merangkumi pelbagai jenis majlis dan keraian seperti Majlis Perkahwinan, Pre-Wedding, Pertunangan, Majlis Resepsi, Indoor & Outdoor, Commercial Product, Portraiture, Konvokesyen, Modelling dan sebagainya.

Akhir sekali kami mempunyai kekuatan yang mana harga yang kami berikan kepada adalah yang terbaik dan kompetitif berbanding dengan harga di luar sana. Hubungi kami segera supaya kami dapat membantu anda. :)

Terma & Syarat


   Terma & Syarat 

           1.  Jurugambar mempunyai hak mutlak keatas hasil fotografi dan pelanggan mempunyai hak untuk mencetak dan menggunakan gambar-gambar tersebut tetapi terhad kepada penggunaan peribadi sahaja.  Sebarang urusan berkaitan penerbitan gambar di media massa dan media elektronik perlu mendapatkan kebenaran dari * GigiBesi Manifestasi Photography*.

2. Rekaan layout album terletak pada bidang kuasa jurugambar dan pereka album * GigiBesi Manifestasi Photography*.  Walaubagaimanapun, pelanggan boleh memberikan buah fikiran dan idea untuk kelainan yang masih dalam rekaan  *GigiBesi Manifestasi Photography*.  Pereka album berhak menolak permintaan pelanggan yang mahu mengubah rekaan album sehingga menghilangkan ciri-ciri identiti tersendiri *GigiBesi Manifestasi Photography*.

      3. Pelanggan boleh membuat perubahan pada layout yang disediakan oleh pereka berdasarkan pilihan gambar yang telah dibuat oleh pelanggan secara percuma untuk kali pertama sahaja.  Untuk perubahan (amendments) kali kedua mestilah berkaitan dengan perubahan kali pertama.Jika ada perubahan baru yang tidak disenaraikan dalam senarai perubahan kali pertama, perubahan kedua akan dikenakan caj *RM50* untuk setiap muka surat.
 
      4. Pelanggan bertanggungjawab untuk menyediakan makan minum, tempat tinggal serta tiket penerbangan atau kos perjalanan (jika berada di luar kawasan).
  
      5.Album akan disiapkan dalam tempoh *60 hari (2 bulan) dari tarikh majlis tidak termasuk tempoh masa penyerahan dan pembayaran baki oleh pelanggan.  Sebarang kelewatan *kurang dari seminggu* yang berpunca dari *GigiBesi Manifestasi Photography*, pihak kami akan menyediakan ganti rugi yang berupa sebuah bingkai gambar dan sekeping gambar yang dibesarkan.  Untuk kelewatan melebihi *1 minggu, yang disebabkan massalah teknikal dalaman syarikat, *GigiBesi Manifestasi Photography* akan meletakkan diskaun sebanyak RM30 untuk setiap hari yang lewat.
  
           6.  Pelanggan berhak untuk memilih gambar-gambar yang akan dimuatkan ke dalam album selewat-lewatnya 5 hari selepas majlis.  Jika dalam tempoh masa tersebut pelanggan gagal untuk memilih, *GigiBesi Manifestasi Photography* berhak memilih sendiri gambar-gambar tersebut untuk proses suntingan dan pembukuan album.

      7. Album dan gambar-gambar hanya akan diserahkan kepada pelanggan selepas pembayaran penuh dilakukan dan sekiranya pelanggan masih tidak melakukan pembayaran dalam tempoh 2 minggu selepas album siap kecuali atas sebab-sebab tertentu, pihak kami mempunyai hak sepenuhnya ke atas album dan gambar-gambar pelanggan.
   
            8. Selepas pembayaran deposit dibuat oleh pelanggan, kami menganggap pelanggan telah membaca dan bersetuju dengan terma-terma oleh *GigiBesi Manifestasi Photography*.

Perhatian :

            1. Segala urusan adalah bergantung kepada budi bicara kedua-dua belah pihak antara jurugambar dan pengantin.
 
      2. Pakej tidak termasuk kos pengangkutan dan penginapan (jika berada diluar kawasan).

      3. Bakal pelanggan boleh menetapkan temu jani dengan ** untuk melihat album contoh.

      4. Pembayaran deposit sekurang-kurangnya RM50 adalah wajib bagi mengunci terikh majlis anda.
  
            5.  Harga pakej adalah tertakluk untuk majlis pada satu yang sama.
  
            6.  Tambahan bayaran akan dikenakan untuk majlis pada hari yang berlainan.

Tambahan :

           1.  Tambahan RM400 untuk akad nikah hari berlainan.

      2. Tambahan RM199 untuk 120 keping 4R sticky album.

      3. Tambahan RM599 untuk 8x12 custom album ke dua.
   
            4.  Tambahan RM699 untuk 10x12 custom album kedua.

No comments:

Post a Comment