Mengenai Kami

Pertama sekali, selamat datang kami ucapkan ke blog "Gigibesi Manifestasi”.

Secara asasnya, kami di Gigibesi Manifestasi menyediakan perkhidmatan berkaitan Fotografi. Perkhidmatan fotografi kami merangkumi pelbagai jenis majlis dan keraian seperti Majlis Perkahwinan, Pre-Wedding, Pertunangan, Majlis Resepsi, Indoor & Outdoor, Commercial Product, Portraiture, Konvokesyen, Modelling dan sebagainya.

Akhir sekali kami mempunyai kekuatan yang mana harga yang kami berikan kepada adalah yang terbaik dan kompetitif berbanding dengan harga di luar sana. Hubungi kami segera supaya kami dapat membantu anda. :)

Friday 1 June 2012

Tips Ringkas : 4 Cara Mudah Membeli Kamera DSLR Pertama Anda

Tips Ringkas : 4 Cara Mudah Membeli Kamera DSLR Pertama Anda

Soalan yang selalu diajukan kepada kami adalah, “Kamera jenama apa yang bagus?” atau “Bagaimana ingin membeli kamera DLSR?”. 

Fotografi adalah satu perkara yang subjektif, begitu juga dengan membeli kamera. Pepatah ciptaan kami mengatakan, “Lain orang lain matanya”. Bermaksud setiap orang mempunyai sudut pandangan yang berbeza dari segi teknikal atau pun seni. Namun begitu kami berikan sedikit tips bagaimana ingin membeli kamera DSLR pertama. Jangan persoalkan samada Nikon atau Canon yang terbaik, tetapi;

1) Lihat bajet anda, sebagai permulaan anda digalakkan membeli DSLR tahap beginner yang selalunya berharga bawah RM2,000.

2) Cuba lihat warnanya. Cuba rakamkan beberapa keping gambar seperti permandangan atau yang mempunyai banyak warna. Perhatikan hasil antara kamera-kamera yang dicuba. Warna yang mana anda paling minat?

3) Hobi atau bisnes? Ya jika sekadar hobi, mungkin kamera dengan kit lens sahaja sudah mencukupi. Jika anda ingin menjalankan perniagaan, mungkin anda perlu mengeluarkan banyak modal untuk membeli banyak peralatan.

4) Tanya yang pakar. Cadangan dari mereka yang berpengalaman sangat diperlukan. Namun jika jawapannya turut menghampakan, sila bertanya dan membuat kajian dengan pakcik “Google” 

Sekian

P/S : Feel free to drop any Comment. I'd love to see your feedback. :).

1 comment:

  1. awesome! u're such a good blogger. nice sharing.

    ReplyDelete